Pengisian...

Disini akan di kongsikan kisah hidup seorang ibu, isteri juga wanita biasa agar mampu di jadikan tauladan dan tatapan anak-anak ku kelak.

Thursday, February 19, 2015

Muhammad Ashaabul Kahfi Bin Muhammad Ashaabul Yamin

Bismillahhirrahmannirahim...
Assalammualaikum...

Hari ini aku nak update blog ni pasal kelahiran putera sulung kami.

Selama 3tahun perkahwinan kami masih belum dikurniakan anak, alhamdulillah pada awal Jun 2012 aq telah disahkan hamil tak pasti berapa minggu, masa tu kami baru berpindah ke rumah baru kami sendiri dan tak perasan pula masa berpindah randah tu aku dah hamil. Setelah 37minggu 5hari Ashaabul Kahfi di dalam kandungan ku...Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.4kg, lilit kepala 33cm tinggi 51cm secara normal di Hospital Sultanah Aminah pada jam 11:15am pada 31/1/2013. Maka bermulalah kehidupan baru aku dan suami bergelar Ummi Dan Waled.


muke penat sungguh mase ni...tapi Alhamdulillah berbaloi...nikmat melahirkan anak hanya mereka bergelar ibu kandung sahaja dapat memahami...moga aku diberi pelu

Muhammad Ashaabul Kahfi Day 1

Muhammad Ashaabul Kahfi Day 2


Alhamdulillah aku berjaya menyusukan putera sulung ku sehingga usianya 1tahun 8 bulan (nanti aku cerita kisah breastfeeding pulak ye) dan terpaksa diputuskan susu oleh kerana aku telah hamil anak kedua kami.



Kini Kahfi telah mencecah usia 2tahun dan menantikan kelahiran adiknya pada Jun ini inshaAllah.


No comments:

Post a Comment